CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 10, 2008

Sayangilah kami


Assalammualaikum. Pertama kali
muncul dlm blog ini. Sekiranya ada yg berminat untuk berkongsi hobi dengan saya
sudi-sudikanlah.

Cerita saya yang pertama hari ini
adalah berkenaan hobi saya iaitu memelihara ataupun bermain dengan kucing.Saya
kurang pasti bila minat saya ni bermula tapi menurut ibu, saya memang suka
kucing sejak kecil lagi. Pernah sewaktu kecil saya digigit hingga memaksa ibu
membawa saya ke klinik. Hingga hari ini kesan gigitan kucing masih dapat dilihat
di lengan saya.

Tapi saya tak pernah serik. Saya
tak pernah tahu saya digigt kucing kalau ibu tak cerita. Mungkin jiwa saya yang mudah menyayangi haiwan ini membuatkan saya
lupa.

Sebenarnya kucing boleh menjadi
terapi yg baik pada mereka yg stress. Tak percaya cuba-cubalah urut badan kucing
nescaya hati mudah tenang.

Disini ingin saya paparkan
gambar-gambar kucing yang saya pelihara.

2 comments:

serikandi said...

Tahniah, tahniah atas pembukaan blog nih. Orang rasmikan ruangan mengomen kay?

Unknown said...

time kasih time kasih